Tuesday, August 2, 2011

Ramadan Al-Mubarak Kembali..



AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh..

Semakin hari semakin tua..
Tanpa sedar kita sudah berada di Bulan Ramadan yang selalu dinantikan..
Di bulan Ramadan juga dinantikan Malam Lailatulqadar..iaitu malam
yang lebih baik dari seribu bulan..

Walaupun undang-undang dikenakan bagi mereka yang'ponteng puasa'
namun ada yang tidak insaf lagi..masih 'ponteng puasa',masih ada maksiat,masih ada riba',masih
ada penipuan dan penganiayaan..

Mengapa?!
Walaupun kita tahu yang syaitan telah dirantai..
namun ada satu saudaranya yang harus menunggu
11 bulan untuk keluar..
'Nafsu'
Nafsu yang banyak memesongkan kita..

Samada anda telah mengambil iktibar atau tidak
WaAllahHuAlam..
Di bulan ini Banyakkan ibadah..bukan main bunga api ,mercun sampai putus jari..
Jangan sibuk nak tukar semua baru..
Kita hanya perlu beribadah dan beribadah...